Saturday, April 10, 2010

ISTIDRAJ

( ISTIDRAJ ) SIHIR PERINGKAT TINGGI YANG SEOLAH-OLAH NAMPAK SEPERTI
MA’UNAH DAN KAROMAH PADA SEKALI IMBAS PANDANG

Golongan ini adalah ulama’-ulama’ dan orang-orang soleh yang mengambil ilmu dan
amalan bagi mendapat sesuatu yang luar dari kebiasaan :
(i) daripada buku-buku atau kitab-kitab tanpa merujuk kepada Guru yang ahli
pada babnya.
(ii) daripada orang yang terputus salasilah ilmu dan amalannya dengan ulama’
yang muktabar yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.
(iii) mengambil daripada dalam mimpi, pertapaan atau orang-orang yang bertapa
dengan tujuan seperti yang tersebut di atas.
Bagi orang-orang yang tersebut di atas, Allah SWT akan menghantar kepada
mereka jin-jin Islam yang soleh dan alim seumpama mereka itu. Jin-jin ini datang samada dalam mimpi atau dalam jaga dengan mengaku diri sebagai nabi, wali atau
malaikat untuk mengajar ilmu atau amalan bagi menolong dalam segala kerjanya. Jinjin
yang datang dalam mimpi atau jaga untuk mengajar ilmu atau amalan bagi
melakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan akan (tidak dapat tidak) menetapkan
syarat untuk diterima sebagai taulan, rakan, sahabat atau khadam dalam semua kerja
dan kemahuannya melalui lidah, anggota dan hati.
Bagi meyakinkan Ulama’-ulama’ dan orang Soleh dengan apa yang dilaksanakan itu
benar, maka segala syarat yang diberikan akan sama dengan hukum syarak. Setelah
menerima syarat tersebut dan beramal dengan ilmu yang diberi, maka nyatalah pada
diri ulama’ atau orang soleh tersebut segala rupa bentuk perkara yang menyalahi
kebiasaan yang nampak pada zahirnya hampir sama dengan Ma’unah dan Karomah.
Mula dari saat penerimaan syarat tersebut, ulama’ atau orang soleh itu telah
mencampakkan dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah (Murtad), dalam segala rupa bentuk
amalan Syariatnya selagi ia patuh dan tunduk kepada syarat tersebut.
Nota : Jika sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat yang datang sebagai utusan
Allah SWT pada diri orang-orang itu dalam mimpi atau jaga, maka apa yang
diisyaratkan atau diucapkan oleh nabi, wali atau malaikat yang datang itu kepadanya,
nescaya Allah SWT akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang diisyaratkan atau
diucapkan itu. Maksudnya, diri orang yang menerima kunjungan itu akan berada
seperti yang diisyaratkan atau diucapkan tanpa apa-apa syarat yang dikenakan.

( ISTIDRAJ ) SIHIR PERINGKAT PERTENGAHAN
Golongan orang Islam yang fasiq, zalim dan munafik mengambil ilmu dan amalan
daripada Ulama’-ulama’ dan orang Soleh yang bersahabat dengan jin, yang patuh
kepada syarat yang sama dengan hukum syarak. Golongan ulama’ dan orang soleh
begini akan menurunkan ilmu dan akan meletakkan syarat yang sama seperti mana ia
terima daripada sahabat jinnya, dan dinamakan kepada muridnya sebagai pantang
larang.

Apabila si murid itu mengaku menerima ilmu dan amalan dengan segala pantang
larangnya maka Syirik Uluhiyah yang ada pada ulama atau orang soleh itu turun pula
pada si murid yang akan duduk beramal dengan dirinya berada dalam keadaan murtad.
Di kala itu si murid akan didatangi jin-jin Islam yang fasiq atau kafir dalam tidur atau
jaga dengan mengaku sebagai nabi atau wali atau malaikat dan meletakkan syarat
yang harus dalam hukum syarak bagi bersahabat dan berkawan dalam semua kerja
buatnya.
Diantara syarat-syarat yang harus dalam hukum syarak :
(a) Syarat dalam bentuk hidangan makanan dan minuman seperti pulut putih atau
kuning, ayam panggang, bubur warna, bertih dan sebagainya.
(b) Dalam bentuk pakaian berwarna kuning, hijau, hitam atau merah, cincin, wafak,
azimat, gelang, tangkal, mahkota, selendang dan sebagainya.
(c) Alat-alat senjata seperti keris, pedang, lembing dan lain-lain atau ketiga-tiga
syarat itu serentak atau dua dari tiga syarat di atas.
( ISTIDRAJ ) SIHIR PERINGKAT RENDAH (IHANAH DAN SYA’WAZAH)
Golongan orang-orang fasiq, zalim, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan
kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amalan daripada orang
yang sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi, serapah dan mentera
yang terpesong dari kaedah syarak pada kalimahnya dan ayatnya ataupun
mengadakan segala rupa bentuk pemujaan yang di luar batas syarak. Dengan itu,
mereka ini akan didatangi oleh jin-jin yang kafir samada di dalam mimpi atau jaga,
dengan mengenakan syarat-syarat yang haram dalam hukum syarak sebagai syarat
untuk bersahabat dan bertaulan dalam semua kerja buatnya.
Di antara nama gelaran bagi jin adalah seperti berikut :
1. Hantu Raya
2. Jin Tanah
3. Polong
4. Mambang
5. Bajang
6. Pari-pari
7. Langsuir
8. Toyol
9. Pontianak
10. Pelesit
11. Hantu Kubur
12. Jerangkung
13. Hantu Galah
14. Tenggelong
15. Harimau Jadian
16. Hantu Bungkus
17. Hantu Air
18. Pocong
19. Hantu Laut
dan sebagainya.

Kesemua yang tersebut di atas dan lain-lain yang seumpamanya adalah dari jenis jin
yang diberi nama sedemikian oleh orang Melayu, tetapi di dalam Al-Quran semua
jenis jin yang menjadi keturunan dan bala tentera Azazil Iblis Laknatullah disebut
Ifrit.
RISIKO YANG AKAN DITERIMA OLEH 3 KELOMPOK MANUSIA YANG
BERSAHABAT DENGAN JIN
Puak jin akan bertindak melayan manusia yang memohon pertolongannya dalam
segala rupa bentuk ilmu sihir, manusia itu dipanggil Kahin, A’arof atau Munajjin
seperti yang disebut dalam Hadis Nabi SAW. Seperti yang dijelaskan dahulu,
pengamal ajaran sesat yang mendampingi jin-jin dalam kerja buat mereka berada
dalam kesesatan Aqidah, Syariat dan Akhlak. Golongan ini mempamerkan segala
rupa bentuk kehebatan dan perkara-perkara yang luar biasa, di antaranya ;
(a) Kebal.
(b) Mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan kehebatan bukan
untuk tujuan perubatan.
(c) Segala rupa bentuk pukau memukau.
(d) Segala rupa bentuk ilmu jurus.
(e) Segala rupa bentuk hilang diri dan lain-lain kehebatan yang kesemuanya
khayal dan waham semata-mata.
Apabila pengamal ajaran sesat mati, jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan
mendatangi anak cucu keturunannya dalam mimpi atau jaga, menuntut agar diteruskan
syarat perjanjian yang sedia ada.
Jika anak cucunya berdegil atau ingkar atas syarat-syarat tersebut, mereka akan
mengalami berbagai jenis bala dan penyakit serta halangan-halangan dalam kerja buat
mereka. Keadaan ini dipanggil gangguan keturunan (saka), dan antara tanda-tanda
gangguan tersebut dalam sebuah keluarga ialah:
(a) Masalah di dalam pertunangan, perkahwinan, kekeluargaan dan
kemasyarakatan.
(b) Mandul (bukan dari sebab masalah organ peranakan)
(c) Kerap berlaku keguguran anak dalam kandungan.
(d) Anak hilang dalam kandungan.
(e) Melahirkan anak cacat anggota atau fikiran atau cacat kedua-duanya.
(f) Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun menjadi ‘ahli agama’ atau
ulama’ besar kerana ada pada diri anak tersebut antaranya sifat-sifat berikut:
(i) Lekas marah (panas baran).
(ii) Cemburu buta, iri hati, hasad dengki dan jahat sangka.
(iii) Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang jadi kenyataan.
(iv) Jin menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku nabi, wali atau
malaikat dengan menzahirkan perkara yang mencarik adat sebagai
bukti kebenaran.
(g) Mempunyai kebolehan mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar
biasa, umpamanya mendatangkan objek seperti batu cincin, duit emas, keris
dan sebagainya.
(h) Suka bergaduh dan lekas naik darah sehingga pukul memukul dan bercerai
berai dan sebagainya.
(i) Hilang ceria diri dalam rumah kediaman.
(j) Sakit yang berlari-lari (berpindah-pindah tempat di badan) atau sakit di antara
kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah
saintifik.
(k) Jin menjelma masuk ke dalam badan sehingga tidak sedarkan diri, biasanya
dipanggil histeria, kerasukkan dan sebagainya.
(l) Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang
merosakkan dan menakutkan seperti :
- Api yang menyala dengan sendiri. - Bunyi orang berjalan.
- Bunyi orang menangis. - Bau-bauan.
- Bunyi bising dan sebagainya.
ANTARA SEBAB-SEBAB SESEORANG ITU DISIHIR
(a) Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
(b) Putus pertunangan dan masalah pinangan yang tidak diterima.
(c) Merebut pangkat kedudukan dalam masyarakat.
(d) Merebut pangkat dalam pekerjaan samada swasta atau kerajaan.
(e) Merebut harta pusaka.
(f) Irihati dengan jiran, cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.

No comments:

Post a Comment